Tuesday, March 20, 2012

Peringantan Diri Sendiri ..

Kepada pembaca blog ini
(hoi, kan aku dah kata, kalau mu tak suka blog aku ni, tak payah subscribe. Suka hati akulah nak celoteh cam mana pun!)

ok, balik semula ....


- petikan sumber internet -

Sekiranya anda berpeluang menjadi pentadbir sesebuah institusi, anda patut mengambil kira bahawa anda memegang amanah pengurusan. Dengan ini hindarilah sifat-sifat berikut:

- jangan melafazkan sesuatu yang melambangkan bahawa anda memberi amaran atau mengancam sekiranya pandangan anda tidak diterima
- jangan sekali-kali melempar kata-kata kesat kepada anak-buah anda kerana kata-kata itu lambat-laun akan kembali ke muka anda
- jangan tunjukkan dan bersikap bahawa anda mempunyai kroni - segala yang kroni anda lakukan anda susuli dengan senyum; tetapi sebaliknya sekiranya non-kroni anda cuba menyarankan sesuatu, anda sambut dengan cemuhan, sepak-terajang yang membingungkan fikiran waras
- beri peluang kepada anak-buah anda melahirkan luahan dan cetusan hati mereka kerana perasaan tidak puas hati dari anak-buah anda ini menunjukkan dia inginkan penambah-baikan dan kebaikan untuk semua
- ambillah pandangan majoriti secara sebanarnya dalam sesuatu keputusan, bukan sekadar meminta pandangan dan akhirnya setelah diberi, pandangan mereka anda letak dalam tong sampah. Hanya pandangan anda dan kroni anda saja yang dilaksanakan

Sekiranya anda tidak menghindari sifat-sifat ini, ketahuilah bahawa itu adalah sifat seorang 'diktator'.

Adakah anda tahu apa akan jadi pada seorang 'diktator' di zaman internet, blog, twitter, facebook, dan dunia tanpa sempadan di mana seorang 'anak-buah' itu lebih bijak dan berilmu dari seorang 'pentadbir'?

'Anak-buah' atau 'kuasa-besar' lain akan memberontak dan lambat-laun anda akan tumbang. Dan yang menyedihkan ialah anda akan pergi dalam keadaan yang memalukan. Jangan salahkan 'anak-buah' tapi salahkan diri anda dan kroni dan penasihat anda yang tidak menasihati anda kecuali untuk kepentingan diri masing-masing dan bukan kepentingan majoriti dalam institusi anda.

Tidak dinafikan, ada di kalangan 'anak-buah' anda yang akan 'tumbang'; tapi itu adalah lumrah perjuangan ... perjuangan yang berterusan, yang belum dan tidak akan selesai - sehingga keunggulan itu tercapai.

Bukankah pada setiap peristiwa itu ada peringatannya?

Opps ... soalan untuk menguji IQ anda:
1. Anda disuruh menulis semula ungkapan dalam bahasa Melayu di atas dalam bahasa Arab. Nama kemahiran berbahasa ini ialah ...
A. Kemahiran Menulis
B. Kemahiran Bertutur

2. Anda disuruh mengungkapkan semula ungkapan dalam bahasa Melayu di atas dalam bahasa Arab secara lisan. Nama kemahiran berbahasa ini ialah ...
A. Kemahiran Menulis
B. Kemahiran Bertutur

Jawapan: Hai, itupun tak tahu....

Mampukah Anda Mengungkapkan Ini Dalam Bahasa Arab ... 1

Berikut berberapa ungkapan dalam BM, kalau anda boleh mengungkapkannya dalam BA - ok ... lah tu!

Tapi syarat... jangan tulis semula dalam BA dan baca! Kalau begitu, jadi Kemahiran Membaca pula!
Budak kecilpun, kalau diberi teks bahasa Arab dengan barisnya sekali (seperti buku qira-ati), anytime boleh baca!
Jadi, jangan pandang teks Arab... terus tengok teks BM dan ungkapkannya dalam BA - secara spontan!
Selamat berlatih...

1. Apakah hiburan yang dibenarkan dalam Islam?
Hiburan yang dibenarkan dalam Isalm ialah hiburan yang tidak menyalahi syarak.

2. Bagaimanakah Rasulullah SAW berjenaka?
Rasulullah SAW berjenaka dengan berkata benar. Baginda tidak berdusta ketika berjenaka.

3. Apakah yang diminta oleh seorang wanita tua di dalam hadith tentang Rasulullah berkata benar ketika berjenaka?
Wanita tua itu meminta Nabi supaya baginda mendoakannya agar masuk syurga.

4. Apakah makna ‘hati juga lesu seperti badan’?
Ungkapan ini bererti hati juga memerlukan sesuatu untuk menjadikannya segar kembali seperti badan.

5. Mengapakah Islam mengharuskan aktiviti hiburan?
Islam mengharuskan aktiviti hiburan kerana fitrah manusia cenderung kepada hiburan.

6. Apakah 4 ciri-ciri orang-orang munafik?
Ciri-ciri tersebut ialah apabila dia diamanahkan, dia mengkhianatinya; apabila dia berkata-kata dia berdusta; apabila dia berjanji, dia memungkiri janji dan apabila dia bertengkar dia melampaui batas.

7. Dalam sebuah hadith ada disebut para sahabat berjenaka ketika mereka merasa jemu. Apakah yang boleh kita faham dari hadith ini?
Hadith ini menunjukkan bahawa berjenaka diharuskan dalam Islam.

8. Mengapakah kita tidak boleh memperlekehkan orang lain?
Kita tidak boleh memperlekekkan orang lain kerana mungkin dia lebih baik dari kita.

Monday, March 19, 2012

Video 3 – Nabi Syu’aib a.s.

Ini beberapa isi penting yang sempat difahami melalui sekali pendengaran. HERHATI-HATI!!!! Mungkin ada silap eja dsb...

- Tidak terdapat garis pandu yang terperinci terhadap lokasi bandar Aika – tempat Nabi Syu’ib diutuskan
- Bebeza pendapat di mana ia terletak
- Wadi Syu’ib terdapat makam yang dikatakan makam Nabi syu’ib
- Terletak di antara bandar Amman dan bandar Suwila
- Terdapat tanda yang mengatakan ia hampir dengan perkampungan kaum Nabi Lut – berdasarkan ayat al-Quran; boleh sampai dengan berjalan kaki
- Aika ialah sejenis pokok yang rimbun
- Terdapat dalam quran – Nabi Syuib diutuskan ke Madyan
- Dalam tempat lain dalam quran terdapat gambaran menunjukkan tempat ‘tuan punya Aika’ yang mendustakan para rasul
- Ini menunjukkan Madyan dan Aika bukan 2 tempat yang berbeza – Aika merujukkan kepada sifat bandar tersebut
- ‘ashab al-aika’ bererti ‘tuan punya pokok-pokok yang rimbun’
- Di Madyan terdapat kabilah yang hidub dengan mewah dan aman, tetapi mereka menyembah berhala, tidak berlaku adil dalam perniagaan dari segi sukatan dan lain-lain; dan juga mereka menjadi penyamun jalanan
- Sifat-sifat kaum Mabi Syu’aib – mengurangkan sukatan, membuat kerosakan di bumi, merompak, menyamun
- Nabi Syu’aib diutuskan kepada mereka – baginda adalah berbangsa Arab
- Kaumnya tidak mampu berhujah dengan Nabi Syu’aib
- Akhirnya kaumnya mengancam – kalaulah bukan kerana kabilah kamu nescaya kami rejam kamu
- Nabi Syuaib di antara 4 orang Nabi bangsa Arab iaitu Syu’aib, Hud, Saleh, dan Muhammad saw.
- Kaumnya memberi amaran – sama ada kami akan keluarkan kamu dan orang yang beriman dengan kamu dari tempat ini atau kamu berpaling ke ugama kami
- Akibatnya ialah azab dari Allah kepada kaumnya dan Allah menyelamatkan nabi Syu’aib dan orang yang beriman bersamanya
- Makam Nabi Syu’aib terletak lebih kurang 40 kilometer dari bandar Amman
- Pada asalnya makam Nabi Syu’ib adalah dalam bentuk beberapa batu yang tidak tersusun
- Ada seorang yang bernazar sekiranya dia sembuh dari penyakit yang dihidapinya dia akan membina sebuah masjid di makan tersebut – dia sembuh dan membuat masjid di situ sehingga hari ini
- Masjid tersebut dibaik pulih oleh kerajaan Jordan sehingga terdapat sebuah bilik khas untuk makam tersebut yang terpisah dari ruang beribadat
- Tidak terdapat dalil yang sahih menunjukkan masa Nabi Syuaib wafat dan tempatnya
- Nabi Syu’aib diutuskan dan wafat di Madyan, tetapi di mana Madyan, tidak ada sesiapa yang tahu lokasinya yang sebenar
- Semua ahli sejarah bersetuju Madyan terletak di utara semenanjung Arab, tetapi mereka berselisih pendapat lokasi sebenarnya
- Kebanyakan berpendapat bahawa ia adalah di Wadi Syu’aib kerena terdapat tanda-tanda seperti pokok-pokok, kesan-kesan gempa bumi dan lain-lain di kawasan ini
- Terdapat persoalan – adakah ini Madyan yang Nabi Musa pergi dan mengambil air untuk 2 anak perempuan Nabi Syu’aib?
- Ada yang bersetuju kerana masih terdapat sehingga hari ini mata air yang disebutkan itu di kawasan yang di panggil Madyan sekarang
- Ada juga yang berpendapat bahawa yang disebut Syu’aib di kawasan ini bukanlah Nabi Syu’aib tetapi seorang lelaki saleh yang dari keturunannya
- Ada juga yang berpendapat kawasan Nabi Syu’aib ini sebenarnya di Yaman – di satu kawasan yang dipanggil Jabal Syu’aib
- Puncak bukit ini adalah puncak yang tertinggi di Semenanjung Arab
- Sama ada tempat Nabi Syu’aib di ‘sana’ atau di ‘sini’ – yang pentingnya ialah semuanya adalah bumi para nabi.

Dah faham? Kalau dah faham - memang power kemahiran mendengar anda! Cuba tulis pula semua di atas dalam bahasa Arab - nak tengok kemahiran menulis anda dalam bahasa Arab!
Lepas itu, berdasarkan kepada kemahiran 'menulis' anda, anda diberi markah untuk 'kemahiran mendengar'!
Hai, kelam kabut dunia niii....

Bahan Pengajaran Yang Tidak Bijak ...

Seseorang yang menyediakan bahan pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Mendengar umpamanya, harus jelas bentuk pendengaran yang hendak diajar - adakah pendengaran intensif atau pendengaran ekstensif.

Intensif
Pendengaran intensif bererti mendengar sesuatu dengan terperinci dari aspek perkataan, ayat dan makna (tersurat/tersirat). Adakah perkataan itu dari kategori kata nama, kata kerja atau 'harf'. Sekiranya kata nama adakah ia dari jenis 'lelaki' atau 'perempuan'; bilangan 1, 2 atau jamak; adakah ia mempunyai huruf-huruf imbuhan atau tidak; kalau ada mana dia? dan seterusnya dari perbahasaan yang agak terperinci.

Sekiranya sesuatu perkataan itu dari kategori kata kerja, maka kata kerja yang mana? telah berlaku atau sedang? adakah ia merujuk kepada pelaku lelaki atau perempuan? berapa bilangan pelakunya? Dan seterusnya ...

Dari aspek ayat pula, pendengaran intensif memerlukan agar pelajar tahu adakan ayat yang didengar dari jenis ayat namaan atau kerjaan. Dalam kedua-dua kategori ayat tadi, di mana 'tajuk' bagi ayat tersebut? atau ayat itu menceritakan tentang apa atau siapa? Bahagian mana dari ayat tersebut menghuraikan masa? tempat? sebab? keadaan? dan seterusnya. Apa pula makna yang zahir dan makna yang terselindung, apa yang kita boleh faham dari ayat ini...

Ini memerlukan kepada pendengaran yang teliti, tidak terlalu tergesa-gesa dan pastilah teksnya tidak panjang sampai tidak sempat untuk menghabiskannya dalam masa 1 jam atau 2 jam waktu yang diperuntukkan. Memadai teks yang pendek tetapi mencapai objektif yang boleh diterapkan oleh pelajar pada pendengaran seterusnya.

Ekstensif
Pendengaran ekstensif bererti pelajar mendengar sesuatu untuk memantapkan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Ini sama ada dari aspek pembentukan perkataan atau pembentukan ayat yang menunjukkan kepada makna tertentu.

Bentuk pendengaran ini amat perlu agar pelajar memperkukuhkan ilmu dan sistem bahasa agar mereka boleh terus maju menguasai sesuatu bahasa. Teks yang digunakan pula mestilah pada tahap penguasaan pelajar dan disarankan agar perkataan yang perlu mereka rujuk kepada kamus tidak melebih 5 patah perkataan dalam sesuatu muka surat.

Sekrianya pada setiap ayat pelajar terpaksa membuka kamus untuk mengetahui maknanya, pastilah objektif kemahiran mendengar secara ekstensif tidak akan tercapai kerana bahan yang digunakan menyalahi ciri-ciri teks kemahiran pendengaran ekstensif.

Dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran, kedua-dua bentuk kemahiran ini (intensif dan ekstensif) mesti ada dan dalam keadaan yang seimbang; dan kedua-duanya tidak boleh dicampur-adukkan mengikut sesuka rasa. Teks pendengaran intensif tidak boleh digunakan untuk pendengaran ekstensif; dan juga sebaliknya.

Juga, tidak sepatutnya semua jenis bahan pendengaran itu adalah dalam bentuk pendengaran intensif sahaja tanpa sebarang teks bagi pendengaran ekstensif; dan juga sebaliknya.

Sesuatu yang perlu diambil kira -
- sekiranya pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami sesuatu teks yang telah siap 'ditulis' di dalam kertas, pastilah teks seperti ini tidak layak digunakan untuk dijadikan sebagai bahan pendengaran. Kerana di antara syarat pertama kemahiran mendengar ialah pelajar mampu 'menulis apa yang didengarinya di dalam memorinya' untuk dirujuk semula bagi memahami makna ayat yang didengar. Seringkali apabila kita mendengar sesuatu dalam bahasa Arab, kita mungkin faham apa yang didengari di awal ayat; tetapi apabila tiba di akhir ayat, kita terlupa apa yang didengari di awal ayat sebentar tadi. Ini menunjukkan bahawa teks tersebut tidak sesuai untuk dijadikan teks kemahiran mendengar secara ekstensif.

Memang sewajarlah kita menyediakan sesuatu bahan bersesuai dengan 'kadar kemampuan pelajar'. Ini ialah kerana sekiranya bahan tersebut 'membebankan' pelajar, kita bukan mendidik hati pelajar agar cintakan bahasa Arab dan 'inginkan' lebih lagi dari apa yang diberikan kepada mereka, tetapi sebaliknya kita akan menjadi punca pelajar tidak menggemari bahasa Arab - bahasa al-Quran kerana kita lari dari lunas-lunas yang ditetapkan dan kita membebankan pelajar melebihi kemampuan mereka, ataupun kita tidak bersifat dengan sifat 'hikmah' yang dituntut; 'permudahkanlah dan jangan menyusahkan'; dan seterusnya.

Sekarang - kita lihat bahan pengajaran kita. Adakah kita telah bertindak bijak dalam memilih bahan pengajaran pendengaran; atau tindakan kita tidak diasaskan ilmu pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa kedua/asing?

Fikir-fikirkanlan ... berkualitikah bahan pengajaran kita atau 'hampehhh'!
Mat Salleh dah lama menyedari hakikat ini, hanya kita saja tak (mahu) sedar atau tak (mahu) tahu!

“... if students aren’t learning, it is assumed to be the fault of the method, the materials or the teacher.” - Jack C. Richards dalam buku beliau 'The Language Teaching Matrix'.

P/S: Pueh cari dalam Kamus Dewan dan World Oxford Dictionary makna perkataan 'hampeehhh' - tak jumpa - tak tahu perkataan Inggeris atau Melayu. Dengan ini dari struktur ayat blog ini 'hampehhh' bererti 'tidak berkualiti'.

Saturday, March 17, 2012

Di Antara 'Dua Darjat' ... dalam bahasa Arab atau dalam bahasa Melayu?

Mengajar Pertuturan bahasa Arab dengan bahasa Arab atau bahasa Melayu?

Polimik di antara 'dua darjat' - yang mana satu pilihan kalbu?

Darjat Pertama:
Guru mengajar pelajar bertutur dalam bahasa Arab menggunakan Bahasa Arab:
- pelajar mungkin tidak faham apa yang guru hendak mereka lakukan
- pelajar mungkin tidak faham apa yang mereka perlu lakukan dalam sesuatu latihan
- pelajar akan 'tanya' antara satu sama lain 'apa yang mesti kita buat dalam latihan ini?' - dan pastilah mereka akan bertanya dan cuba menyelesaikan masalah mereka untuk tahu apa sebenarnya yang perlu dilakukan dalam bahasa Melayu - kalau mereka berbincang dalam bahasa Arab, mengapa perlu mereka 'belajar bertutur' bahasa Arab? Tahap mereka ketika itu bukan 'belajar' bertutur dalam bahasa Arab, tetapi 'berlatih' bertutur dalam bahasa Arab.

Darjat Kedua:
Guru mengajar pelajar bertutur dalam bahasa Arab menggunakan Bahasa Melayu:
- pelajar akan faham 100% apa yang guru hendak mereka lakukan
- pelajar akan faham 100% apa yang mereka perlu lakukan dalam sesuatu latihan
- pelajar tidak akan 'tanya' antara satu sama lain 'apa yang mesti kita buat dalam latihan ini?' kerana mereka telah faham 100%.

Darjat Bonus:
- apabila bahan 'pengajaran' yang digunakan ditulis dalam bahasa Melayu, ini akan memupuk keupayaan inovasi pelajar untuk menghasilkan dan mencipta pertuturan dalam bahasa Arab dari KOSONG sambil dipantau oleh guru.

- apabila bahan 'pengajaran' yang digunakan ditulis dalam bahasa Arab, ini akan MEMBUNUH dan MEMALAPKAN keupayaan inovasi pelajar kerana apa yang mereka perlu dilakukan hanyalah 'copy dari buku dan paste pada lidah' iaitu menghafal saja apa yang tertulis dalam buku, walaupun tidak faham apa yang mereka ungkapkan kerana mereka dilatih dan diarah untuk menghafal! Dan kalaupun mereka faham, itu bukan apa yang mereka hendak hasilkan tetapi terpaksa memahaminya kerana arahan guru atau buku agar menyebut ungkapan bahasa Arab yang sedemikian rupa - bukan benar-benar hasrat yang timbul dari sanubari mereka!!!!!!

Yang mana satu idaman kalbu ... ANDA?

1. Pelajar 'burung kakak tua' yang hanya pandai 'copy-paste' dan mendapat A yang tidak melambangkan kemampuan dan kemahiran bertutur ...
ATAU
2. Pelajar yang 'berinovasi' yang mampu 'mencipta' ayat sendiri dalam bahasa Arab dari TIADA dengan bimbingan guru, dan menuturkannya dalam keadaan mereka faham dan tahu apa yang mereka tuturkan kerana itu adalah ciptaan dan hasrat yang timbul dari hati mereka sendiri ...

Hanya yang perlu guru fikirkan ialah - adakah mereka hendak MENGAJAR pelajar bertutur dalam bahasa Arab; atau mereka hendak MELATIH pelajar bertutur dalam bahasa Arab?

Tenaga pengajar ... fikir-fikirkanlah.

Wednesday, March 14, 2012

Video 2 - Nabi Idris a.s.

Ini beberapa isi penting yang sempat difahami melalui sekali pendengaran. HERHATI-HATI!!!! Mungkin ada silap, kalau pusingan kedua mungkin lebih baik.

Youtube:
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3

Selamat memahami...
- Iman terhadap para nabi adalah salah satu rukun bagi keimanan
- Perjalaan bumi anbiya dan mencari kesan-kesan kenabiaan
- Iraq = negeri di antara 2 sungai
- Tamadun awal manusia
- Sama seperti di Mesir – tamadun melebihi 4 ribu tahun
- Kesan sejarah di batu-batu menunjukkan kepada akidah mengesakan Allah – tetapi tidak ada bukti siapa rasulnya
- Di antara kesan yang menunnukkan kepada permulaannya di Babil dan berpindah ke Falestin dan terus ke Mesir
- Al-Quran menceriakan tentang nabi Idris dan sifatnya ialah as-siddiq – di antara yang bersifat demikian ialah 3 para nabi lain – mereka ini berada di Falestin
- Cerita nabi Idris amat sedikit – dalam al-quran adalah sifatnya as-siddiq
- Nabi Idris diberi gelaran demikian kerana baginda banyak membaca
- Ada yang meriwayatkan bahawa orang yang pertama menulis ialah Idris
- Nabi Idris mempunyai ‘suhuf’ tetapi tidak dapat dipastikan samada yang dijumpi adalah kepunyaan nabi Idris
- Nabi Idris sebelum nabi Nuh
- Cerita nabi Idris terdapat pada kesan sejarah Mesir tapi tidak dapat dipastikan
- Ada ahli sejarah mengkaitakan nabi Idris dengan Akhlatun kerana terdapat kesan yang menunjukkan kepada keesaan Allah pada kesan teks pada zaman ketika itu
- Setengah ahli sejarah mengkaitakan permulaan falsafah dengan nabi Idris yang mempunyai kesan-kesan keesaan Tuhan dalam falsafah tersebut
- Ada kesan sejarah mengkaitkan nabi Idris dengan tamadun Mesir lama
- Ada yang mengatakan bahawa baginda ialah Abu Hul dan mengajar manusia kejuruteraan, ilmu falak dan sebagainya
- Adakah terdapat bukti yang dijumpai yang menunjukkan demikain?
- Isu ini menimbulkan kontrovesi – adakah yang disebut dalam al-quran menunjukkan kepada keilmuan nabi Idris – menaikkan tahapnya ke tahap yang tinggi.
- Perbahasaan terhadap menaikkan tahap adakan dari segi jasad atau ilmu dan darajat?
- Sejarah manusia ialah sejarah para nabi bermula dari Adam hingga Muhammad
- Ciri-ciri al-Quran ialah quran menghukum tarikh dan bukan sejarah menghukum alQuran
- Dalam al-quran yang menunjukkan mengambil pengajaran – tidak detil dan sesuai untuk semua zaman
- Semua para nabi menyeru kepada satu matlamat – keesaan Allah
- Para nabi memimpin manusia kepada keimanan pada Allah
- Sebaik-baik yang dilafazkan oleh para nabi ialah tiada tuhan melainkan Allah
- Kubur para nabi adalah tempat untuk mengiangati amalan mereka dan sejarah mereka dan bukan tempat ibadat

wassalam.

Video 1 - Nabi Adam a.s.

Ini beberapa isi penting yang sempat difahami melalui sekali pendengaran. HERHATI-HATI!!!! Mungkin ada silap, kalau pusingan kedua mungkin lebih baik.

Youtube:
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3



wassalam.

Sunday, March 11, 2012

Belajar dari orang lain ... yang lebih maju!

Ini berlaku di University of Melbourne, Australia.

Pada pertengahan semester, pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar akan bertemu untuk membincangkan kursus yang ditawarkan.

Pelajar diminta untuk memberi pandangan terhadap perlaksanaan mata pelajaran yang sedang ditawarkan - terlampau tinggi? terlampau rendah? permasalahan? penilaian? dan apa saja yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran.

Dengan ini University of Melbourne akan sentiasa menyedari kelemahannya dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan agar menjadi universiti terkemuka dunia 'dalam erti-kata sebenar'.

Di universiti tempatan - saya belum dengar ini berlaku. Kalau adapun, pelajar mengisi borang soal-selidik yang 'entah apa-apa' dan disuruh memberi cadangan dan komen di akhir semester yang rata-rata pelajar 'tidak kisah' kerana tidak akan ambil subjek tu lagi. Jadi tulispun, sekadar melepas batuk di tangga.
Ahh.... tulis aje lah - 'cincai-bocai'...

Tapi yang lebih malang lagi, kalau mata pelajaran itu diajar oleh sekumpulan tenaga pengajar - katakan lah sebanyak 16 orang. Tidak ada pertemuan di kalangan tenaga pengajarpun untuk membincangkan kelemahan mata pelajaran yang diajar. Nak bincang dengan pelajar-pelajar jauhlah - maklumlah takut di'hentam' pelajar 'dewasa' dan 'ternganga' tak boleh jawab dan menampakkan 'kejahilan' sendiri.
Cis... penakut! Buat malu hang tu-ah dan hang ci-fat je!

Kalau adapun perbincangan dengan tenaga pengajar - alahai... sekadar buat syarat, bukan benar-benar hendak dengar pendapat ahli tenaga pengajar lain; bukan hendak tahu pandangan majoriti! Apa tidaknya, nak tunjukkan dapatan kajian telah dilakukan dan yang mampu memberi kesan positif terhadap proses P&P-pun, di-hentam-terajang tanpa perasaan 'hormat-menghormati' sesama lain. Kesian kawan, sampai terduduk dan terpinga-pinga kehairanan. Kalau kroni dia cakap; sampai keluar tajuk dan memualkanpun boleh - tergelak, terbahak-bahak macam apa entah...

Inikah cara mengendalikan urusan agar lebih maju dan menjadi pusat pengajian terkemuka di dunia?

Angan-angan mat-jin .... dan 'prof jabong' jee .... bak kata Prof Syed al-Attas satu ketika dulu dalam syarahan perdana profesor di bilik Senat.

Eh... malah aku... layang!!!!!

(ps/ hei, kalau anda tak suka baca blog saya ni, jangan baca ... unsubscribe jee, kalau dapat posting ini melalui facebook atau twitter - tak payak kawan lah..... saya tak minta, you yang minta nak jadi kawan sayakan?... eh.. eh.. ;-)

- Posted using BlogPress from my iPad

Uji IQ Anda - Kemahiran Apakah Ini: membaca, bertutur, menulis atau mendengar?

Latarbelakang isu:

1. Anda disuruh menonton dan mendengar video yang panjangnya selama 20 minit.

2. Anda dikehendaki memahami apa yang anda dengar - dengan apa cara sekalipun; sama ada berbicang dengan rakan, menggunakan kamus; ataupun kalau anda tidak faham, cubalah melalui cara 'penengokan' video tersebut saja.

3. Bentuk video yang ditayangkan adalah agak tinggi kerana watak-watak dalam video tersebut bercerita tentang isu-isu semasa, akademik dan lain-lain.

4. Setelah anda 'me-mandang-dengar' video tersebut, anda dikehendaki menulis apa yang anda faham dalam 1-2 muka surat; bukan dalam bahasa ibunda yang anda benar-benar boleh membuktikan bahawa anda faham video tersebut, tetapi dalam bahasa sasaran yang anda masih terkial-kial dan kelam-kelabut - dan dalam konteks ini bahasa Arab-lah...

Isu dan persoalan: kemahiran apakah yang diuji di sini?

Ini pastilah untuk menguji pelajar kemahiran mendengar, atau kemahiran 'menengok-faham' atau kemahiran menulis.

Ini tidak mungkin sama sekali untuk menguji pelajar kemahiran 'bertutur' kerana tidak ada pertuturan dalam aktiviti ini.

Dengan lain perkataan seorang 'bisu' pun boleh mengambil aktiviti / ujian ini dan mendapat Gred A, sekiranya dia mampu memahami apa yang dia pandang-dengar dan mampu menulis semula apa yang dia faham - tanpa melafazkan sepatah perkataanpun!

Kalau anda jumpa ujian/aktiviti ini dalam mata pelajaran yang bertajuk 'speaking skills', maka ketahuilah olehmu .... orang yang menyediakan bahan aktiviti dan ujian ini adalah orang yang telah mencapai tahap 'profesor ulung dalam dunia akademik'; dia tidak boleh disoal dan tidak akan mendengar pendapat orang lain, kerana dia telah BETUL dan telah capai tahap MAHA GURU dalam ilmu inovasi tertinggi dalam PEDAGOGY bahasa kedua/asing; kerana telah berjaya menyatakan bahawa orang yang bisu boleh mendapat Gred A dalam 'subject speaking skills in a foreign language'!

Heboh-hebohkan kepada dunia ini, kalau ada orang bisu nak ambik 'speaking skill', boleh datang belajar ke universiti yang menyediakan ujian/aktiviti ini, yeak?!!

Aduhai .... dunia nak kiamat kot... kalau sesuatu urusan itu diberikan kepada bukan ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya.

Pikio-pikio dan pikiak-pikiak dan thinking-thinking-kan lah ....


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 08, 2012

Kemahiran Mendengar Kanak-kanak dan Dewasa - apa beza?

Dalm dunia pedagogy pengajaran bahasa asing, memang disebut bahawa kemahiran pertama yang harus dilalui oleh seseorang pelajar itu ialah kemahiran mendengar - seperti perkembangan penguasaan bahasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Tetapi di sini satu perkara harus difahami:

Kanak-kanak mempunyai 5-6 tahun untuk mendengar sesuatu lafas yang memahami makna lafaz tersebut. Ini terlaksana dengan 'try and error'. Apabila dia mendengar sesuatu ia akan cuba membuat apa yang difahaminya dan akan diulang sehingga dia faham apa yang dia dengar. Ini kerana kanak-kanak tidak mempunyai sumber selain dari 'try and error' untuk mempelajari sesuatu konsep lafaz yang didengarinya. Pelajar dewasa - tidak sepetutnya menggunakan pendekatan 'kanak-kanak' ini. Ini ialah kerana pelajar dewasa biasanya mempunyai 14 minggu sahaja untuk di-mahirkan kemahiran mendengar dan mereka tidak mempunyai '5-6 tahun' seperti kanak-kanak. Juga mereka mempunyai sumber lain untuk memahami lafaz yang didengar - terjemahan, soaljawab, perbandingan makna, kefahaman melalui konteks lafaz dan lain-lain.

Jadi apa yang seharusnya mereka buat?
Pelajar dewasa seharusnya diberi 'kemahiran mikro' (perbendaharaan kata, struktur ayat, fungsi ayat, makna tersurat, makna tersirat dll...) dan dilatihtubi pengetahuan 'kemahiran mikro' ini agar mereka mencapai tahap 'penguasaan bahasa'; dan dalam jangka masa 14 minggu sahaja.

Persoalan yang mungkin timbul ialah - kalau mereka telah diberikan semuanya (kemahiran mikro), apa fungsi mendengar sesuatu yang mereka telah tahu?
Di sinilah timbulnya konsep berbezaan di antara 'penguasaan dan pembelajaran' bahasa. (learning and acquisition - Monitor Theory)

Mereka dilatihtubi mendengar apa yang mereka telah tahu agar mereka mencapai penguasaan bahasa tersebut iaitu - mampu memahami apa yang didengar secara spontan tanpa bantuan sumber luar atau menghasilkan bahasa tersebut secara spontan. Inilah bukti 'penguasaan' sesuatu bahasa.

Kalau tidak begini, kita hanya menyuruh mereka mendengar sesuatu yang mereka tidak akan faham walaupun diulangi sebanyak seribu kali.

Kalau saya ulang ungkapan ini seribu kali kepada anda selama 14 minggu, mampukah anda memahaminya? ..... kardeshem, nezaman ulashtin? Chai itchmek isytiyormusun?

Sampai kucing bertanduk, mamfus hang tak akan faham dan tak akan menguasai bahasa ini ...

Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, February 29, 2012

Siapa 'Si Jahil'

Salam ...
Manusia terbahagi kepada 4 kategori:

1. Orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu
- ini ialah orang yang berilmu 'yakin' yang dapat memisahkan di antara yang betul dan salah
Ilmu yang ada padanya membuatkan dia nampak dengan jelas sesuatu kesilapan; dan kalau ada yang berhujah dan memberitahu bahawa dia 'tersilap'; ilmunya akan membantunya untuk melihat apakah yang benar itu. Dia tidak mampu untuk menyalahi ilmu yang ada pada dirinya; dan sebaliknya ilmunya dapat membuktikan atau menunjukkan bahawa rakan yang berhujah itu berada dalam keadaan salah. Dia sekali-kali tidak bersikap 'takabur' dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain; sebaliknya dia akan berhujah meminta rakannya membuktikan bahawa dia salah dan kalau terbukti bahawa dia telah tersilap, dia akan menerima kebenaran itu dengan berlapang dada.

2. Orang yang tahu tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu
- ini ialah orang yang teragak-agak terhadap ilmunya. Dia merasakan dirinya dan pendapatnya adalah benar, hanya dia tidak mempunyai hujah yang kuat untuk membuatnya yakin dengan pegangannya. Dia masih terumbang-ambing - kadang-kadang mirip kepada pendapat ini, dan kadang-kadang mirip kepada pendapat satu lagi. Walau bagaimanapun sikapnya sentiasa terbuka dan inginkah yang sebaik-baiknya dan mempelajari lagi.

3. Orang yang tahu bahawa dia tidak tahu
- ini ialah orang yang ikhlas ingin menuntut ilmu dan mengetahui perkara yang baru. Dia benar-benar tahu bahwa ilmunya amat kurang dan ingin menambahkan ilmunya. Dia akan berusaha untuk mendapat ilmu dari apa sumber sekalipun - dari lawan dan kawan. Ini ialah orang yang akan mendapat hidayah seterusnya kerana keinginannya itu didorong oleh sikap yang iklas untuk kebaikan.

4. Orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu
- ini ialah orang 'jahil' - maka berpalinglah dari orang-orang yang jahil. Dia tidak sedar bahawa dia silap dan tidak mahu bertanya orang lain adakah dia silap.
Orang ini adalah orang yang bersikap 'takabur'. Dia mendabik dada mengatakan bahawa dia telah 'berpuluhan tahun' belajar dan dia adalah 'profesor'. Dia tidak akan dengar pendapat orang dan tidak mahu mendengar pendapat orang. Kalau dia secara zahirnya meminta pendapat orang, itu hanyalah sikap bermuka-muka sahaja, kerana dia telah ada pendapat 'qudus'nya sendiri dan tidak akan beranjak walaupun lawannya berada pada kebenaran. Dia bukanlah seorang yang insaf yang meletakkan ruang bahawa kemungkinan pendapat dan pegangannya 'kurang tepat' dan bersedia untuk beranjak dari pendapatnya dan menerima pakai pendapat yang lebih baik. Dia tidak akan meminta pendapat 'majoriti' terhadap sesuatu isu. Dia bersikap 'diktator' - kalau pendapatnya dibangkang, bersiap-sedialah siapa yang membangkangnya! Kenalah ....
Dia lupa apa yang berlaku kepada pemimpin 'diktator' di tanah Arab - semasa dan sebelum ini.

Pembaca budiman ...
Anda di mana? Di kategori mana? Seorang yang 'insaf' yang inginkan kebaikan atau 'Si Jahil' yang membawa kebinasaan kepada diri anda, diri orang sekeliling anda, dan institusi anda?
'Abu Bakar'-kah anda atau 'Si Abu Lahab'?

Peringatkanlah, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin!

Tuesday, February 28, 2012

Fail-fail Audio dan Teks - Untuk Latihan ...

Berikut fail audio dan teks untuk melatih bahasa Arab mendengar dan membaca.
Harap maklum mungkin ada kesilapan pada ejaan dan penulisan yang tidak disengajakan.
Ayat al-Quran ditulis secara 'khat imlaa-e' dan bukan 'khat uthmani'.

SIRI Penghulu Segala Rasul SAW

I. Rasul Pilihan SAW
1. Fail 1 - Teks1
2. Fail 2 - Teks2
3. Fail 3 - Teks3

II. Madinah Menyambut Rasul SAW
1. Fail 1 - Teks1
2. Fail 2 - Teks2
3. Fail 3 - Teks3

III. Peperangan Badar
1. Fail 1 - Teks1
2. Fail 2 - Teks2
3. Fail 3 - Teks3

IV. Pembukaan Mekah
1. Fail 1 - Teks1
2. Fail 2 - Teks2
3. Fail 3 - Teks3
4. Fail 4 - Teks4

Wassalam.

Sunday, February 19, 2012

Penyelidikan dalam bidang Bahasa Arab

Apakah penyelidikan dalam bidang bahasa Arab telah 'tertutup'? Macam 'ijtihad' dalam fiqh? ... ada yang berpendapat yang ia masih dibuka untuk mereka yang layak - tak kiralah bidang fiqh atau bahasa.

Tapi mengapa kita tidak membuat penyelidikan dalam bidang bahasa Arab? Mungkin kerana tidak ada 'idea' nak menyelidik apa?

Kenapa tidak ada 'idea'? Kerana tidak membaca! Kenapa tidak membaca? bukankah ribuan artikel dalam internet yang membincangkan tentang penyelidikan dalam bidang bahasa? Orang Inggeris berlumba-lumba mencari kaedah baru agar umat dunia ini boleh menguasai bahasa Inggeris dalam sekelip mata? Mengapa tidak membaca dan ambil manfaat dari pendangan dan pengalaman mereka? Sebabnya mudah - kerana tak tahu bahasa Inggeris!

Bukan nak kata bahasa Inggeris PENTING sangat, tapi apabila kita tidak tahu bahasa Inggeris, kita tidak tahu 'tipu-daya-muslihat' mereka - 'tipu-daya-muslihat' bagaimana mereka hendak memajukan bahasa Inggeris - kita tidak tahu, kita ketinggalan... pelajar kita dari sekolah menengah dan masuk universiti, nak cakap bahasa Arabpun masih kelam-kabut!!!

Dan kalau orang macam ini membacapun, hanya surat kabar lama di bawah tempurungnya! Kemudian mendabik dada - kami dah 'pakar' dah sampai tahap 'profesor'!
Amat malang 'jenerasi dan anak-anak' kita pada zaman ini.

Tapi yang malang lagi, dahlah dia tidak ada 'idea'; dia tidak 'membaca'; dia 'tidak tahu apa yang berlaku di dunia penyelidikan', dia 'tidak tahu apa yang harus diselidik'; dia pula dilantik menjadi pemimpin akedamik dalam universiti 'penyelidikan'! Dan dengan 'mind set' dia ini, sikap mereka tidak menjurus untuk menggalakkan penyelidikan, bahkan mencemuh, dan menghalang penyelidikan! Baik, berundur saje dengan terhormat.

Benar kata hikmah, '.... orang yang tidak mempunyai (apa-apa), tidak akan memberi (apa-apa)...'
Fikir-fikirkanlah...

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, September 29, 2011

Kemahiran Membaca ... dalam bahasa Arab

Bagaimana hendak mengukur seorang pelajar itu 'mahir' atau telah menguasai kemahiran membaca bahasa Arab? (Reading Skills in Arabic Language)

Apabila konsep ini jelas kepada seorang pendidik 'bahasa Arab'; amat sukar baginya untuk lari dari melaksanakan persepsinya terhadap tahap yang mesti dicapai oleh pelajar untuk menguasai kemahiran membaca dalam bahasa Arab.

Pertamanya - objektif membaca teks bahasa Arab perlu jelas. Di sini disenaraikan 2 yang terpenting.
1. hanya dengan berpandukan kepada sebuah kamus, pelajar tersebut mampu memahami 'sebarang teks' bahasa Arab yang diberikan kepadanya - sama ada teks politik, syair jahili, fekah, ekonomi, sosial, sukan dan apa saja ...
2. setelah memahami teks bahasa Arab tersebut, pelajar mampu 'memindahkan apa yang difahami' kepada rakan 'anak sebangsanya'; dan jelaslah di sini dengan menggunakan bahasa ibundanya. Tidak 'ada ertinya' sekiranya dia kata, '... aku faham teks ini tapi, aku tak tahu macam mana nak cakap dalam BM....!'

Kedua - setelah jelas pada pendidik 'bahasa Arab' objektif 'kemahiran membaca'; dia harus tahu bagaimana hendak membuat pelajarnya mencapai objektif tersebut. Ini perlu kepada 2 'pengalaman bahasa' seterusnya. Pelajarnya mesti tahu:
1. bagaimana hendak mengenal 'asal 3 huruf' bagi sesuatu perkataan bahasa Arab yang dijumpai dalam teks, di samping mengetahui perubahan makna sesuatu perkataan 'dasar' setelah menerima imbuhan-imbuhan dalam bahasa Arab;
2. makna yang ditunjukkan oleh sesuatu ayat dalam bahasa Arab - dengan struktur dan susunan perkataan dalam ayat tersebut yang kadang-kadang amat 'asing' jika dibandingkan dengan bahasa ibunda pelajar tersebut.

Hanya yang menjadi tanda tanya ialah - berapa banyak pengalaman (berapa jam pembelajaran) harus dilalui oleh pelajar sehingga dia mencapai kedua-dua objektif yang disebut di atas?

Ini perlu kajian yang berterusan dan lebih mendalam ....

Wednesday, February 09, 2011

Tahap dan Penilaian Kemahiran Mendengar

Assalamu'alaikum

Tahap kemahiran mendengar pelajar boleh dibahagi kepada 2, seperti berikut:
(Konteksnya ialah pelajar diperdengarkan bacaan sepanjang 10 minit)

Tahap Rendah - pelajar diberikan soalan-soalah yang berperananan untuk memberi penumpuan kepada mereka perkara yang perlu difahami dengan jelas ketika aktiviti pendengaran. Dengan ini pelajar menjalani proses 'memilih isu penting' ketika mendengar dan meng-nyah-kan isu yang tidak berkaitan ketika mendengar.

Tahap Tinggi - pelajar tidak diberi soalan-soalan seperti di atas, mereka perlu memahami keseluruhan yang didengar, menganalisa isu-isu yang dibentangkan dan menghafal perkara tersebut. Setelah mendengar, mereka diberi soalan untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka.

Persoalan yang timbul:
- apakah bentuk soalan yang dianggap sesuai bagi kedua-dua tahap di atas?
- adakah soalan seperti ini sesuai untuk ujian kefahaman pelajar? 'Apakah yang dicadangkan oleh orang keempat kepada watak utama dalam cerita di atas?'
- apakah bentuk soalan yang bertepatan dengan 'taxonomy bloom', dan bagaimana bentuknya?
- adakah bentuk soalan yang akan dikemukakan kepada pelajar dalam bentuk 'tulisan yang dibaca oleh pelajar' atau bentuk 'bacaan yang diperdengarkan kepada mereka' ... sesuai dengan jenis kemahiran yang diajar kepada pelajar iaitu 'kemahiran 'mendengar'?

Wassalam.

Monday, January 10, 2011

Bukti Penguasaan Sesuatu Kemahiran Bahasa...

Asm... pembaca sekalian!

Kita boleh mengetahui jenis 'kemahiran' yang ditawarkan oleh sesuatu program itu dengan melihat bentuk ujian yang dijalankannya.

1. Sekiranya dalam sesuatu ujian, pelajar dikehendaki mendengar beberapa ketika dan setelah habis mendengar, mereka dikehendaki menjawab soalan yang disediakan; ini ialah kemahiran mendengar kerana ujian ini menguji sejauh mana kemampuan pelajar memahami apa yang didengar. Sekiranya pelajar tersebut mendapat gred 'A', selayaklah 'A' yang diperolehi melambangkan kemahirannya memahami apa yang dia dengar.

2. Sekiranya dalam sesuatu ujian, pelajar disuruh membaca sesuatu dalam sekeping kertas, dan kemudian dikehendaki melakukan 'aktiviti pertuturan' agar pertuturannya dinilai sama ada jelas boleh difahami dan mengikut sistem sesuatu bahasa; atau sebaliknya, ini jelas menjurus kepada kemahiran bertutur.

3. Sekiranya dalam sesuatu ujian, pelajar disuruh membaca sesuatu dalam sekeping kertas, dan kemudian dikehendaki melakukan 'aktiviti penulisan' agar apa yang ditulisnya itu dinilai sama ada dia telah menyampaikan ide-idenya dalam gaya bahasa penulisan yang memuaskan atau sebaliknya, maka tidak syak lagi ini ialah kemahiran menulis.

4. Dan terakhirnya, sekiranya dalam ujian, pelajar dikehendaki membaca beberapa perenggan teks, dan selepasnya terdapat soalan-soalan berkaitan dengan teks tersebut yang perlu dijawab, sama ada dalam bentuk objektif atau bentuk penulisan - ini ialah ujian untuk  kemahiran 'membaca' sesuatu teks dan memahaminya. Dan sekiranya pelajar disuruh menjawab dalam bentuk 'penulisan' ini menunjukkan bahawa pra-syarat mata pelajaran ini ialah 'mampu menulis' pada tahap yang membolehkan pelajar tersebut untuk menjawab soalan ujian dalam bahasa Arab.

Mungkin anda tertanya-tanya - apa yang saya 'celotehkan' ini - ini semua perkara yang 'lojik' yang pelajar sekolah rendahpun boleh faham??? ... so what's the big deal! It is sheer logic and common sense!

Oh, pembaca blog niii.......yang budiman!
KETAHUILAH....ada institusi universiti di Malaysia tercinta ini, dalam ujian kemahiran mendengarnya tidak ada apa yang pelajar dengar - berdasarkan pengetahuan yang ada pada anda yang anda masih ingat, sila tulis jawapan ada di kertas yang disediakan!
Dalam ujian akhir kemahiran bertuturnya, tidak ada apa yang pelajar perlu ucapkan .... arahan ujiannya ialah ... sila TULIS dialog di antara 2 orang rakan yang bercerita tentang 'Hukum Takaful Dalam Islam'! Sekiranya seorang pelajar itu mempunyai ilmu yang mantap, dia akan TULIS dialog tersebut dengan panjang lebar dan akan diberi 'A' dalam kemahiran BERTUTUR!

AJAIB DAN PELIK - kalau begini, orang PEKAK boleh lulus mata pelajaran kemahiran MENDENGAR; dan orang BISU boleh lulus mata pelajaran kemahiran BERTUTUR! Kerana semua ujiannya berdasarkan ilmu pengetahuannya dan diuji secara MENULIS.

Dan yang LEBIH AJAIB lagi, ujian kemahiran MENULIS dipenuhi dengan 'perbualan-perbualan' di antara guru dan murid dalam bahasa Arab; dan berdasarkan kemampuan pelajar tersebut bercakap dalam bahasa Arab, ia diberi gred 'A' dalam mata pelajaran kemahiran MENULIS!

Jelas sekali - pentadbiran program institusi ini dikuasai oleh orang yang JAHIL dan tidak tahu isu pedagogy pembelajaran dan pengajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Apa yang dibuatnya ialah 'syok' sendiri dan berlagak tahu!

Ah..... YA TUHAN !!! KEPADAMULAH HAMBAMU MENGADU ....

Tuesday, January 04, 2011

Kemahiran Bahasa ... Arab!

Assalamu'alaikum wm wb.

Apa itu kemahiran berbahasa? Biasanya apabila disebut kemahiran bahasa ia merujuk kepada kemahiran berikut:

1. Kemahiran memahami sumber bahasa
2. Kemahiran menghasilkan bahasa

Sumber bahasa ini ialah sama ada dalam bentuk 'apa yang didengar' atau 'apa yang dibaca'.
Penghasilan bahasa pula ialah apa yang dihasilkan sama ada dalam bentuk 'lisan' atau 'penulisan'.

Kemahiran bahasa juga biasa dibahagikan seperti berikut:
1. Kemahiran mendengar - listening skill
2. Kemahiran bertutur - speaking skill
3. Kemahiran membaca - reading skill
4. Kemahiran menulis - writing skill


Kemahiran menulis ini adalah kemahiran yang paling 'susah' kerana penutur bahasa ibundapun biasa saja menghadapi masalah 'memindahkan' ide-idenya dan perasaanya agar dapat dikongsi bersama oleh pembaca.

Kemahiran ini dibantu dan disokong oleh 'ilmu' tentang bahasa itu, sama ada sistem pembentukan kata, sistem pembentukan ayat atau makna perkataan/ayat.

Seseorang yang ingin menumpukan kepada 'kemahiran' tidak perlu untuk mengkaji dengan detil, sistem sesuatu bahasa - walaupun ini amat membantu. Kerana kanak-kanak yang mampu bertutur - bahkan 'bertengkar' - dalam sesuatu bahasa berkemungkinan tidak tahu langsung sistem sesuatu bahasa tersebut. Cubalah tanya anak Arab yang berumur 7 tahun - adakah dia tahu apa makna bina li al-majhul, masdar muawwal dan seumpamanya?

Dengan ini menguasai kemahiran bahasa tidak memerlukan pelajar mengetahui - takrif subjek/pradiket (mubtada/khabar), pembahagian pelaku kata kerja, jenis kam khabariyyah, pembahagian huruf jar, dan sebagainya. Ini merupakan pengkhususan bagi mereka yang ingin mendalami bidang tata bahasa Arab.

Dua perkara yang sekiranya dicampur-adukkan, akan menyebabkan 'kepincangan' sesebuah program bahasa.

Menyebut tentang 'kepincangan' program bahasa ???? ...ahh... ikuti seterusnya blog ini - insya Allah.

Wassalam.

Friday, October 16, 2009

Wazan-wazan Bahasa Arab - Wazan Asas 5...

TAHAP 2

Apabila berkata tentang wazan-wazan dalam Bahasa Arab, memang banyak pembahagiannya - ada 6, 12, 14 dan sebagainya. Ini tidak bererti kita tidak boleh memperkenalkan kategori baru - yang bertujuan semata-mata untuk 'memudahkan' pelajar memahami konsep pembentukan perkataan dalam bahasa Arab. Adakah 'ijtihad' dalam isu-isu bukan fiqh ini telah tertutup? Rasanya tidak...

Wazan Asas 5 ini hanyalah satu kategori yang diperkenalkan untuk menunjukkan kepada pembentukan perkataan dalam bahasa Arab yang bermula dari 3 huruf dan dibentuk 'kata telah berlaku'; 'kata sedang/akan berlaku'; kata 'yang membuat'; 'kata 'yang dibuat terhadapnya atau yang kena buat' dan 'nama bagi perbuatan'.
Istilah mengikut turutannya ialah:
1. fe'il madhi - 'kata kerja telah berlaku';
2. fe'il mudhari' - 'kata kerja sedang/akan berlaku';
3. ism fa'el; - 'yang membuat'
4. ism maf'ul - 'yang dibuat'  atau 'yang kena buat'; dan
5. masdar - 'nama bagi perbuatan'.

Kalau dilihat - pembahagian ini menyalahi yang biasa diperkenalkan kepada pelajar-pelajar dari 'kitab-kitab traditional' yang membahaskan tajuk ini, iaitu:
1. fe'il madhi;
2. fe'il mudhari';
3. masdar. 
4. ism fa'el; dan
5. ism maf'ul.

Apakah rasional pembahagian Wazan Asas 5, seperti di atas?

Pertama: Sesuatu perbuatan atau kata kerja tidak mampu diceritakan tentangnya kecuali sekiranya ia 'telah berlaku'. Setelah kita lihat sesuatu kata kerja seperti 'menggerakkan tangan yang memegang sesuatu yang panjang di atas sekeping kertas' .... barulah kita boleh menyebut 'tulis' untuk menggambarkan 'perbuatan' tersebut.

Kedua: Sekiranya sesuatu perbuatan itu mampu dilakukan iaitu, 'telah berlaku', ia pasti boleh dilakukan semula semasa mengungkapkan perkataan 'tulis' atau selepas mengungkapkan perkataan tersebut. Dengan ini datanglah pembahagian kedua iaitu  'kata sedang/akan berlaku'

Ketiga: Sekiranya sesuatu perbuatan itu 'telah berlaku' atau 'sedang dan akan berlaku'; pastilah ada yang melakukannya, iaitu 'yang membuat'.

Keempat: Kalau seseorang itu boleh membuat sesuatu, pasti ada sesuatu di mana perbuatan itu berlaku kepadanya. Ini dipanggil   'yang dibuat terhadapnya atau yang kena buat'.

Kelima: Dan akhirnya perbuatan di atas boleh diberi nama khusus untuknya iaitu -  'nama bagi perbuatan' atau masdar.

Kelima-lima 'konsep' ini dilambangkan dalam bahasa Arab melalui bentuk imbuhan tertentu. Seperti contoh 'tulis' di atas, mengambil 3 huruf 'kaf', 'ta' dan 'ba' dan disusun akan menjadi 'katab' yang bererti 'telah menulis'.

Meletak 'ya' di awal 3 huruf tadi seperti 'yaktub' akan membawa makna 'sedang atau akan menulis'.

Menambahan imbuhan 'alif' selepas huruf pertama seperti 'kaatib' akan membawa makna 'penulis' iaitu orang yang melakukan perbuatan tersebut.

Seterusnya menambah imbuhan 'mim' dan 'waw' sehingga disebut 'maktub' akan membawa maksud 'benda di mana tulisan itu berlaku padanya.

Dan akhirnya dengan imbuhan 'alif' dan 'ta-marbutah'; makna akan berubah menjadi makna 'nama' bagi perbuatan tersebut - 'kitabah' iaitu 'penulisan'.

Agaknya -sekira perkataan 'tulis' itu adalah perkataan Arab, mungkin ia akan jadi begini:

1. 'tulis' = telah tulis
2. 'yat-lis' = sedang/akan tulis
3. 'taa-lis' = penulis
4. 'mat-lus' = yang ditulis; dan
5. 'tilaa-sah' = penulisan.

Agaknya laaah .... kot!

Thursday, October 15, 2009

Apa 'baca' dalam bahasa Arab?...

TAHAP 2

Soalan yang mudah, tetapi jawapannya agak mencabar.

Soalan seperti di atas tidak mudah hendak dijawab begitu saja. Sebelum menjawab soalan sebegini, kita harus tanya orang yang menyoal...

1. ... 'telah baca' atau 'sedang baca'?
2. ... siapa yang membaca? 'lelaki' atau 'perempuan'?
3. ... yang membaca itu, 'pihak' yang sedang bercakap, atau pihak yang 'dilawan bercakap' atau 'pihak yang diperkatakan tentangnya'?
4. ... yang membaca itu seorang, atau dua orang atau ramai?

Setelah 'melakukan soal-selidik' ini, barulah kita boleh menjawab soalan di atas!

Tetapi kalau yang menyoal itu berkata '.... tidak, tidak, tidak! Itu bukan yang saya maksudkan - tetapi saya hendak 'suruh' seseorang itu 'baca', ..... macam mana bahasa Arabnya?

Serupa saja, 'kita terpaksa soal-selidik' seterusnya...


1. ... yang hendak disuruh 'membaca itu' siapa? 'lelaki' atau 'perempuan'?

2. ... yang akan membaca itu seorang, atau dua orang atau ramai?

Hanya 'soal-selidik' ini, tidaklah panjang sangat - hanya 2 soalan saja.
Setelah ini, barulah kita boleh menjawab soalan yang kelihatan mudah itu.

Kenapa, yee???

Sunday, April 27, 2008

Fosillization ... ape ke bende tuuuuu!

TAHAP 2

Di antara perkara yang tidak disedari oleh pelajar dan juga pengajar bahasa Arab ialah apa yang disebut 'fosillization'!

Ia ialah fenomena menghafal sesuatu perkataan atau ungkapan sehingga pada akhirnya mendapati penggunaannya menimbulkan masalah.

Untuk menghuraikan isu ini - kalau kita disuruh sebut ungkapan 'bahasa Arab' dalam bahasa Arab, apa yang terus disebut oleh pelajar?

Jawapanya ialah 'lughaTUL 'Arabiyyah'! Biasalah, semua pelajar akan jawab begini.

Masalahnya ialah kalau kita tanya macam mana nak cakap 'Saya belajar bahasa Arab'; dalam bahasa Arab?

Jawapannya ialah: 'adrusu lughaTUL 'Arabiyyah'.
Inilah silapnya....
Kerana sebenarnya kita kena sebut 'adrusu lughaTAL 'Arabiyyah'!
Sebab dalam ayat ini 'bahasa Arab' berfungsi sebagai objek bagi kata kerja 'adrusu'.

Tetapi oleh kerana kita telah menghafal / atau disuruh hafal bahawa 'bahasa Arab' dalam bahasa Arab ialah 'lughaTUL 'Arabiyyah'; dan benda ini telah ter-fosil di dalam benak pemikiran kita; itulah sebabnya kita salah dalam membuat ayat yang paling mudah dan asas iaitu, 'Saya belajar bahasa Arab'.

Jadi 'bahasa Arab' dalam bahasa Arab bagaimana?

Sebut sajalah.... 'al-lughah al-'Arabiyyah' - tanpa menyebut baris akhir perkataan 'bahasa' dan 'Arab'; anda pasti selamat dari ditegur.

Dah lama dah pujangga Arab kata, untuk tujuan berkomunikasi - 'matikan saja baris akhir perkataan, nescaya anda selamat!'

Wassalam.

Ah.... kembali setelah lama menghilang!

Assalamu 'alaikum wm wb.
Kembali semula saya...
Setelah lama menghilang...
Sebab yang pelbagai...

Bagaimanapun, mudah-mudahan Allah mengizinkan untuk terus menulis diari ini dan dimanfaatkan oleh pembaca; dan juga diri sendiri.

Doa dari anda sekalian... insya Allah.
Wassalam

Thursday, February 23, 2006

WHY... Bebankan sebelum anda dibebankan?!

Hampir 99.99% mahasiswa universiti - yang pernah saya soal selidik - apabila ditanya ketika mereka di sekolah dulu - apakah yang diajar kepada mereka untuk menyebut 'sekolah' dalam bahasa Arab?

Jawapan mereka ialah - MADRASA-TUN!

Why should it be like that? Why not just - MADRASAH????
If you ask for reasons - there are many.

Perkataan 'sekolah' dalam bahasa Arab boleh disebut dengan 7 sebutan - bergantung sama ada perkataan itu disertai oleh partikel 'alif-lam' atau tidak.

Sebutan MADRASAH ialah sebutan yang paling mudah - obviously kerana ia hanya memerlukan 3 suku kata sahaja berbanding sebutan yang lain.

Dan sebutan MADRASA-TUN adalah yang paling 'mencabar', kerana ia memerlukan seseorang penutur menguncupkan kedua-dua bibirnya yang menggunakan otot-otot bibirnya untuk melaksanakan sebutan itu - asal makna 'madhmumah'.

Now, why on earth do we burden our children - right from Year 1, Primary school - with something that can only be accomplished with maximum effort?

Why not just teach them 'sekolah' ialah MADRASAH, dan 'buku' ialah KITAB not KITA-BUN; dan 'pen' ialah QALAM and not QALA-MUN???

WHY, WHY, WHY..... you tell me ... THINK ABOUT IT!

Wednesday, February 22, 2006

Aduhai....asas ilmu 'Nahu' yang terabai...

Dalam pelajaran ilmu Nahu, pelajar diajar bermacam-macam istilah - tetapi semata-mata untuk dihafal dan jarang-jarang dikaitkan dengan realiti-fungsi istilah-istilah itu.

Kajian dan pembelajaran ilmu Nahu yang berligar di sekitar pembentukan ayat itu, akan menjadi lebih rumit sekiranya 'isu' sebenar 'ayat' tidak diterangkan.

Apa isunya? Ini perlu dilihat kepada apa fungsi sesuatu ayat dalam bahasa itu?
Ayat di dalam sesuatu bahasa digunakan untuk memindahkan pemikiran. Ia terdiri daripada 2 rukun - iaitu : Tajuk Ayat dan Yang Menceritakan Tajuk ini.

Sekiranya - pelajar diperjelaskan konsep ini dari awal, kemungkinan musykilah dan 'malapetaka' yang mereka hadapi sebagai seorang pelajar bahasa Arab dapat dihindarkan.

Aduhai... 'islaahah'...

Thursday, February 16, 2006

Mengajar Bahasa Arab dengan bahasa Melayu - really?

Persoalan yang selalu di kepala pengajar....
Apakah wajar mengajar bahasa Arab dengan bahasa Melayu? Terutamanya mengajar bahasa Arab Komunikasi?
Sebenarnya ini bergantung... sekiranya anda membezakan di antara 'aquisition' dan 'learning' sesuatu bahasa - ya, tidak salah mengajar bahasa Arab dengan menggunakan BM.

Bukankah lebih mudah bagi pelajar Melayu untuk memehami sesuatu konsep sistem bahasa Arab sekiranya diterangkan dengan menggunakan bahasa ibunda pelajar/bahasa Melayu? Daripada anda berleter dalam bahasa Arab, dan selepas 40 minit mengajar... nobody understands what you were talking about, bukankah lebih baik anda terangkan saja dalam bahasa Melayu, sehingga pelajar faham 100% apa yang anda cuba terangkan?

Ini ialah 'pengajaran/pembelajaran/learning' bahasa Arab!!!!

Tetapi kalau untuk 'penguasaan/acquisition' - hah... ini perlu 100% bahkan 1000% dalam pure bahasa Arab - dan lebih baik 'campakkan' pelajar kita di padang pasir bersama orang Badawi!!

Pastinya - ini bukan satu perbincangan yang mudah dan dilontar sambil lewa...
Ada teorinya, ada hujahnya, ada pendokongnya - dengan lain perkataan ada 'madzhab' dalam pengajaran sama ada membolehkan dan mewajarkan 'mengajar' bahasa kedua dengan bahasa ibunda...

So, make sure anda tahu perbezaannya ....

Thursday, April 14, 2005

Bahasa Arab di Malaysia - Di mana silapnya...

TAHAP 1

Cetusan rasaku... pencetus minda...
Di mana silapnya...
Masalah yang sentiasa bermain di kepala? Mengapa setelah beberapa tahun seorang pelajar mempelajari bahasa Arab - dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan terus ke universiti; tetapi anda tidak pernah mendengar mereka bertutur dalam bahasa Arab di kalangan mereka?

Di mana silapnya? Adakah pelajar yang 'mampu' menjejakkan kakinya di menara gading itu? Atau - sistem 'pengajaran Bahasa Arab selama 12 tahun' yang mereka lalui?

Di mana silapnya... open for discussion... and awaits solution!